(VIDEO) “Bebelan Paling Sopan” – Cara Faizal Tahir Urus Anak Raih Pujian Netizen

Hiburan

(VIDEO) “Bebelan Paling Sopan” – Cara Faizal Tahir Urus Anak Raih Pujian Netizen

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video yang dimuat naik penyanyi terkenal, Faizal Tahir ketika menghantar anak-anaknya ke sekolah telah menarik perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Faizal yang dilihat melayan gelagat empat orang anaknya yang sudah lengkap berpakaian uniform sekolah ketika menghantar mereka.

Advertisement

Apa yang menarik perhatian adalah cara penyanyi lagu Ragaman itu menguruskan empat orang anak sambil bergegas menghantar mereka yang sudah lewat ke sekolah.

faizal

Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat, salahkan abah.

Malah, Faizal turut dilihat menegur kelakuan anak-anaknya dan menasihati mereka dengan nada suara yang tenang tetapi dengan ada ketegasan.

@faizal_tahir

Sorang hidung berdarah, sorang hilang kopiah yg lagi dua orang bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah. Alhamdulillah ?Semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InshaAllah ??Ps: Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat salahkan abah ?

? original sound – Faizal Tahir – Faizal Tahir

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Faizal mendidik anak-anaknya dan mahukan video perkongsian seperti itu lagi daripada penyanyi itu.

“Bagusnya ayah bercakap dengan anak macam tu,” tulis seorang warganet.

“Alahai boleh nangis dengar orang cakap lembut macam ni, didikan bagus yang dia dapat, macam itu lah dia didik anak-anak dia,” tulis seorang netizen.

“Bestnya tengok, kan best kalau Faizal Tahir ada buat vlog macam ni banyak-banyak,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

3 years ago

"Tak Hadap Jadi Juri Program N*jis!" - Azwan Ali Akui Hanya Terima Tawaran Program Berkualiti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...