(Video) : Bayi Ini Berhenti Menangis Selepas Diberi Baju Busuk Ibunya, Buat Dia Tenang Serta Merta

Trending

(Video) : Bayi Ini Berhenti Menangis Selepas Diberi Baju Busuk Ibunya, Buat Dia Tenang Serta Merta

Detik comel seorang bayi yang sedang meraung tiba-tiba berhenti menangis apabila bapanya memberikan baju busuk ibunya untuk dicium, berjaya dirakamkan.

Advertisement

Video yang dirakam awal bulan ini di San Francisco, CA, USA menunjukkan bayi lelaki berusia tiga bulan itu terus tenang apabila mencium bau ibunya di baju busuk itu.

“Satu hari, saya sedang menjaga dia ketika ibunya bertugas dan pada ketika itu dia menjadi sangat cerewet,” tulis bapa itu di Internet.

“Seorang rakan saya memberi cadangan kepada saya supaya meletakkan baju busuk ibunya di atas muka, supaya dia boleh bertenang.

“Saya langsung tidak percayai ia berkesan! Saya harap video ini dikongsi supaya dapat bantu bapa lain apabila berada dalam keadaan sama,”tambahnya.

Sumber : Dayton Daily News

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...