(Video) Bayi Baru Lahir Dibawa Keluar Segera Dari Dewan Bedah Kerana Ibu Disyaki Dijangkiti Wabak Coronavirus

Trending

(Video) Bayi Baru Lahir Dibawa Keluar Segera Dari Dewan Bedah Kerana Ibu Disyaki Dijangkiti Wabak Coronavirus

Kejadian sedih menimpa seorang wanita ini apabila dia tidak dapat memegang anak yang baru dilahirkan atas faktor keselamatan. Dia yang disyaki dijangkiti wabak coronavirus itu terpaksa melahirkan anaknya secara pembedahan czer (caesarean) dan disambut oleh empat doktor yang memakai sut pelindungan.

Baca: Saintis Mahu Putuskan Sebarang Interaksi Wuhan Dengan Seluruh Dunia Bagi Hentikan Penyebaran Wabak Coronavirus

Advertisement

Wanita berusia 27 tahun dari Hubei disyaki mendapat jangkitan wabak itu pada awal bulan yang lalu. Keadaan kesihatannya yang semakin merosot menyebabkan dia tidak dapat menerima rawatan jangkitan itu kerana bimbang akan menjejaskan kandungannya.

Sepanjang pembedahan dijalankan, doktor yang terlibat memakai dua lapis sut perlindungan, topeng muka dan cermin mata khas bagi mengelakkan jangkitan berlaku. Malah bayi yang baru dilahirkan segera dibawa keluar dari dewan bedah untuk tujuan pengasingan. Sehinggakan wanita itu tidak dibenarkan untuk memegang anaknya yang baru lahir itu.

Walaupun pelbagai dugaan dilalui, bayi tersebut selamat dilahirkan dan dilaporkan segera dibawa pulang ke rumah selepas diperiksa oleh doktor. Ibu kepada bayi itu masih berada di hospital dan diasingkan untuk melalui rawatan bagi jangkitan wabak Wuhan yang dihidapinya.

Wabak coronavirus mula tercetus pada bulan Disember tahun lalu selepas sebuah pasar basah di Wuhan, China menjadi punca penyebaran wabak itu. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Penjualan Ular Berbisa Di Pasar Wuhan Punca Sebenar Penyebaran Wabak Coronavirus Di China

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...