Menjelangnya bulan Ramadan, ramai pengusaha hotel akan mengambil peluang untuk mengadakan program berbuka puasa ala ‘buffet’ kerana permintaan yang tinggi daripada orang ramai.
Dan kebanyakan pengusaha hotel kini menawarkan harga buffet Ramadan mampu bayar dan ada juga yang sedikit mewah kerana taraf hotel 5 bintang dan sebagainya.
Baru-baru ini tular di media sosial TikTok apabila individu itu mendakwa bahawa buffet Ramadan yang diadakan sebuah hotel mewah di Putrajaya hanyalah ‘indah khabar dari rupa’.
Kata individu itu, pihak hotel telah melakukan kerja sambil lewa kerana susun atur meja makanan yang berselerak sehingga menganggu orang ramai.
Selain itu, ramai pelanggan dilihat masih menunggu untuk mendapatkan meja meskipun sudah masuk waktu berbuka.
Individu itu juga merasakan bahawa pihak hotel hanya ingin mengaut untung dan tidak memperdulikan SOP dan keselesaan pengunjung.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsikan pengalaman yang sama dan kebanyakan berpendapat bahawa pihak hotel haruslah mengehadkan pengunjung bagi satu hari.
“Patut buat booking table dan limitkan per day. Hotel ni pun…” komen seorang netizen.
Difahamkan, buffet Ramadan yang ditawarkan hotel berkenaan juga agak mahal iaitu sekitar RM188.