Tular di media sosial semalam apabila sebuah video yang dimuat naik seorang pemuda meluahkan rasa kesal apabila pesawat yang dinaiki tergendala akibat masalah teknikal.
Menurut lelaki itu, pesawat itu juga turut mengalami kerosakan pendingin hawa dan mengakibatkan penumpang dalam penerbangan itu kepanasan selama hampir sejam.
— * (@anthraxxx781) May 8, 2022
Katanya, keadaan menjadi sedikit kecoh apabila ada kanak-kanak yang menangis akibat kepanasan malah ada juga yang hampir pengsan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut bersimpati dan ada juga yang mempertikaikan tindakan anak kapal dan juga kapten pesawat yang membiarkan penumpang kepanasan.
Dah tahu enjin tak hidup kenapa tak bagi orang turun dulu. Kesian dekat budak-budak.
Meskipun begitu, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pengendali pesawat malah syarikat penerbangan tersebut bagi memperjelaskan isu terbabit kepada orang awam.