Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Mohd Irwan Shah memaparkan bapanya yang sedang menaiki kerusi kereta yang diubah suai telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, dilihat seat kereta yang telah di-modify itu telah memudahkan proses bapanya untuk masuk ke dalam kereta kerana boleh bergerak sendiri secara automatik.
Menurut Irwan, dia telah mengubah suai tempat duduk kereta jenis Toyota Passo itu dengan anggaran kos sekitar RM2,500 ke RM3,000.
Ada masa kita bawak abah jalan-jalan.
Sehingga kini, video perkongsian itu telah berjaya meraih 1.9M tontonan, 130.4K tanda suka, dan 2.5K komen di aplikasi TikTok.
@mohdirwanshah46 ade mase kite bawak abah jalan2 #seatoku #myvipasso #fyp?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memuji hasil ubah suai yang dilakukan lelaki itu kerana telah memudahkan urusan bapanya sekaligus membahagiakannya.
Best modification ever… respect you bro – netizen.
“Salute orang modify kereta macam ni, orang lain modify untuk nampak smart, lowered, laju. Bro ni modify untuk memudahkan orang tuanya naik kereta,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.