(VIDEO) Bawa ‘Side Mirror’ Motosikal Ke Sekolah, Gelagat Pelajar Perempuan Ini Buat Netizen Geli Hati

Kehidupan

(VIDEO) Bawa ‘Side Mirror’ Motosikal Ke Sekolah, Gelagat Pelajar Perempuan Ini Buat Netizen Geli Hati

Mengimbau zaman persekolahan, pasti akan ada kenangan manis dan pahit yang masih kita ingat sehingga ke hari ini.

Terutamanya buat pelajar perempuan, kenangan berkongsi alat solek ataupun ‘gosip’ mengenai cikgu-cikgu lelaki pasti pernah dialami setiap daripada kita.

Advertisement

Seperti satu hantaran yang dikongsikan oleh seorang individu bergelar guru ini, dia ada memuat naik video memaparkan anak muridnya membawa cermin sisi motosikal ke sekolah di TikTok.

Dalam video itu, pelajar perempuan itu menyimpan cermin sisi motosikal itu di dalam bekas menyimpan alat tulis.

Cikgu itu tidak merampas cermin motosikal berkenaan namun tertanya-tanya mengapa anak muridnya itu membawa barang terbabit ke sekolah.

Menurut cikgu itu lagi, terdapat cermin besar di sekitar kelas dan ia boleh digunakan oleh murid-murid sekolah tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan gelagat pelajar perempuan tersebut kerana membawa cermin sisi motosikal, mungkin untuk melihat wajah sendiri di dalam kelas tanpa perlu ke tandas.

TikTokSumber : TikTok  

Side mirror motosikal siapa lah kau ambil ni dikk- netizen

Kita dulu bawa cermin kecil je letak dalam ‘pencil box’, tapi ini dah another level!

bayi 4 tahun pakai braces
2 years ago

“Itukan Gigi Susu..“ - Tular Video Bayi Dipakaikan ‘Braces’, Netizen Kecam Ibu Bapa Buat Demi ‘Content’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...