Viral di media sosial TikTok baru-baru ini, sat hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Huynh Mai yang sanggup travel dari Pulau Pinang ke Taiping, Perak demi mencari bunga Lili di tasik berkenaan.
Menerusi video tersebut, wanita yang teringin untuk makan bunga lili di Tasik Taiping itu turut membawa suami dan anaknya menaiki bot untuk mencari sayur liar itu.
Malah, dia turut menunjukkan dirinya sedang makan bunga Lili yang dipetik di tasik itu di akhir video berkenaan.
Nasib kau la mat salleh oi dapat bini suka makan sayur liar.
Menurut laporan Mstar, wanita yang berketurunan Vietnam itu berkata bunga lili air sememangnya antara sayur-sayuran yang sangat di gemari oleh masyarakat di sana.
Jelasnya, bunga lili ibarat kangkung di Vietnam kerana merupakan tumbuhan liar air yang biasa diambil untuk dimakan dan dijual di pasar. Malah, ianya juga dikatakan mempunyai khasiat untuk kecantikan kulit.
@mayvo93 Bunga lily air#housewife #surirumahsepenuhmasa #foryouwifey #marrigehumor #foodhunter #vietnammalaysia
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut melihat wanita itu menjamah bunga lili air kerana tidak mengetahui bahawa tumbuhan itu sebenarnya boleh dimakan.
Makan mentah je ke, baru tau boleh makan – netizen.
“Itu hari bunga teratai harini bunga lily pulak,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.