(Video) Barangan Di Butik Louis Vuitton Dibawa Lari Perusuh Semasa Demonstrasi Aman George Floyd

Trending

(Video) Barangan Di Butik Louis Vuitton Dibawa Lari Perusuh Semasa Demonstrasi Aman George Floyd

Protes tegang di atas kematian George Floyd lelaki berkulit hitam di tangan pihak polis telah meningkat di seluruh Amerika Syarikat. Di Portland, Oregon, penunjuk perasaan tidak hanya masuk ke markas polis dan menyalakan api di dalamnya, malah mereka juga melesapkan beg Louis Vuitton bernilai hampir $85K.

Para perusuh dilihat memasuki pusat membeli-belah Pioneer Place, sebuah pusat membeli-belah mewah dan menyerbu butik Louis Vuitton di sana. Ratusan orang kemudian berpusu-pusu melarikan beg LV bernilai hampir RM368,000.

Advertisement

Seorang pengguna Twitter mendedahkan anggaran kerugian yang dialami oleh butik mewah itu. Berdasarkan rakaman video yang dikongsi, dia turut mengenalpasti nilai beg yang dibawa lari berdasarkan rekaan dan harga di paparan laman web butik itu.

Melalui pengiraannya, terdapat 19 beg yang mempunyai nilai yang tinggi telah dicuri dan ia memakan kos sehingga RM368,000. Demonstrasi yang dilakukan ini adalah untuk menuntut keadilan bagi kematian insan tidak bersalah tetapi ada juga segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas situasi ini.

Berikut adalah antara beg-beg yang dicuri berdasarkan perkongsian akaun ini:

Milla in MM – RM23,446.80

Cappucines -RM22,144.20

The On The Go Tote – RM12,982.58

The Pochette Metis – RM10,439.00

The Go MM – RM12,898.86

Ini tidak termasuk 13 lagi beg lain yang mempunyai nilai lebih RM10,000.

Untuk makluman, bukan butik Louis Vuitton sahaja yang menjadi sasaran mereka kerana beberapa kedai mewah yang lain juga turut dimasuki perusuh tidak bertanggungjawab. Semalam, sekumpulan 12 orang ditangkap oleh polis di luar Nike Soho di Broadway di mana terletaknya deretan butik mewah dan juga sebuah gedung membeli-belah Bloomingdale.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...