Protes tegang di atas kematian George Floyd lelaki berkulit hitam di tangan pihak polis telah meningkat di seluruh Amerika Syarikat. Di Portland, Oregon, penunjuk perasaan tidak hanya masuk ke markas polis dan menyalakan api di dalamnya, malah mereka juga melesapkan beg Louis Vuitton bernilai hampir $85K.
Para perusuh dilihat memasuki pusat membeli-belah Pioneer Place, sebuah pusat membeli-belah mewah dan menyerbu butik Louis Vuitton di sana. Ratusan orang kemudian berpusu-pusu melarikan beg LV bernilai hampir RM368,000.
1/ This is a thread identifying most of the items looted from the Portland, Oregon Louis Vuitton store. Following along!
— John Binder ? (@JxhnBinder) May 30, 2020
Melalui pengiraannya, terdapat 19 beg yang mempunyai nilai yang tinggi telah dicuri dan ia memakan kos sehingga RM368,000. Demonstrasi yang dilakukan ini adalah untuk menuntut keadilan bagi kematian insan tidak bersalah tetapi ada juga segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas situasi ini.
8/ This looter took multiple bags, two of which include the $5,400.00 Milla MM in craie and a $4,300.000 On My Side bag in greige. pic.twitter.com/ErzErfVZOE
— John Binder ? (@JxhnBinder) May 30, 2020
Berikut adalah antara beg-beg yang dicuri berdasarkan perkongsian akaun ini:
Milla in MM – RM23,446.80
Cappucines -RM22,144.20
The On The Go Tote – RM12,982.58
The Pochette Metis – RM10,439.00
The Go MM – RM12,898.86
Ini tidak termasuk 13 lagi beg lain yang mempunyai nilai lebih RM10,000.
Untuk makluman, bukan butik Louis Vuitton sahaja yang menjadi sasaran mereka kerana beberapa kedai mewah yang lain juga turut dimasuki perusuh tidak bertanggungjawab. Semalam, sekumpulan 12 orang ditangkap oleh polis di luar Nike Soho di Broadway di mana terletaknya deretan butik mewah dan juga sebuah gedung membeli-belah Bloomingdale.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.