(Video) : Bapa Gantung Anak Perempuannya Sampai Mati, Kemudian Gantung Diri Sendiri.

Trending

(Video) : Bapa Gantung Anak Perempuannya Sampai Mati, Kemudian Gantung Diri Sendiri.

Seorang lelaki muda dilaporkan mengantung anak perempuannya berusia 11 tahun secara ‘live’ di Facebook sebelum mengantung dirinya di sebuah bangunan hotel terbiar di daerah Thalang.

Advertisement

Mayat kedua anak beranak itu ditemui di bangunan berkenaan yang dahulunya dikenali sebagai The Peninsula Hotel, selepas polis melancarkan pencarian di beberapa bangunan hotel terbiar.

Difahamkan hotel itu juga disenaraikan sebagai bangunan berpenunggu di beberapa laman web.

Polis mula melancarkan gerakan mencari kedua-dua mangsa selepas Jiranuch, 21, meminta polis mencari suaminya, Wuthisan, 21, yang ditinggalkan bersama anak mereka berusia 11 bulan selepas mereka bergaduh pada awal Isnin.

Jiranuch menghubungi polis selepas mendapati suaminya membuat rakaman video live mengantung anak mereka dengan tali di siling bangunan terbiar tersebut.

Selepas menyelidik video tersebut, polis melancarkan gerakan mencari kedua anak beranak itu di beberapa bangunan terbiar sebelum menemui mereka di sebuah bilik di tingkat tiga bangunan tersebut.

Menurut Suksan, abang kepada Jiranuch berkata, adik perempuan dan adik iparnya bergaduh pada awal Isnin lalu menyebabkan adik perempuannya itu keluar dari rumah.

Pada hari yang sama, Suksan menemani adiknya pulang ke rumah untuk memaklumkan bahawa Jiranuch mahu tinggal berasingan buat sementara waktu.

Ketika itu, Wuthisan keluar dengan anaknya dan memaklumkan kepada mereka bahawa dia mahu pergi bekerja dan akan pulang ke rumah dengan anak mereka pada jam 7 petang.

“Sementara menunggu, saya ternampak Wuthisan mengantung anaknya secara live di Facebook lalu memaklumkan perkara itu kepada Jiranuch, yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis,” katanya.

Sumber : Bangkok Post

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. kiah perkasam

    April 26, 2017 at 3:25 pm

    aduh sedihnya…anak dah la comel..

  2. jenny

    April 26, 2017 at 3:18 pm

    si bapa..kalo dah gila nak bunuh diri tak kesah ler nak buang diri dr gaung ker..minum 5 gelen racun ker..PLEASE..PLEASE..jgn bwk anak terlibat sama. nak mati pun masih selfish..kesian ngan anak tak tau apa2.

Loading...