(Video) : “Banyak Pengorbanan Dia Pada Saya”, Perkongsian Individu Ini Pasti Buat Korang Sebak.

Trending

(Video) : “Banyak Pengorbanan Dia Pada Saya”, Perkongsian Individu Ini Pasti Buat Korang Sebak.

helmi

Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara ringan yang boleh dibawa mudah oleh sesiapa sahaja.

Advertisement

Di sinilah perlunya keserasian, kesabaran dan kesepakatan antara pasangan dan yang paling penting sikap toleransi dalam semua aspek.

Betul lah kata orang, diwaktu kita sihat memang ada yang sudi bersama, tetapi bagaimana pula diwaktu sakit? Adakah teman hidup kita sudi menjaga dan ambil berat tentang diri kita?

Buat para suami di luar sana, ringankanlah memberi pujian buat isteri yang banyak membantu anda dalam menguruskan kehidupan selepas berkahwin, nak tau sebab apa?

Baru-baru ini, Saudara Helmy Rokman, menerusi laman Facebook Imam Muda, berkongsikan sendiri pengalamannya mengenali wanita hebat dalam satu programHadith : Open Mic berkenaan isterinya yang bernama Mashitah Mohamudiah.


Hebatnya pengorbanan isteri kepada saudara… oleh mynewshub

Beliau yang juga merupakan bekas pengarah program televisyen menceritakan bagaimana kepayahan dan kesanggupan isterinya menjaga dirinya yang mengalami lumpuh cukup untuk membuat dirinya melihat wanita itu sebagai seorang yang hebat.

Tengok saya kalau dulu tak macam ni… Saya dulu pun macam orang-orang kat belakang tabir ni jugak… Tapi tiba-tiba Tuhan dah bagi kita, kena redha sahajalah.

“Saya kena ni tahun 2014… kategori lumpuh, sepanjang waktu tu saya sedar yang saya ni ada wanita hebat yang duduk dekat sebelah saya iaitu isteri saya,” katanya.

Menurut Helmy, isteri tercintanyalah menguruskan semua perkara asas dalam hidupnya tanpa mengenal erti penat dan rela berkorban atas nama kasih sayang sebagai suami dan isteri.

Sejak hari saya kena tu, 2 Jun 2014, dialah yang uruskan semua… kalau saya uruskan sendiri memang kelam kabutlah.. Bila dia uruskan, saya tak sangka dia boleh buat semuanya tenang sahaja..

“Saya tanya dia, kenapa relaks sangat ma? dia jawab.. habis tu takkan nak kelam-kabut, kelam kabut nak pergi mana pun.. kita sama-sama dekat ini,” luah Helmy.

Menurut beliau juga, biarpun menjaga suami merupakan tanggungjawab seorang isteri tetapi diakui sukar untuk mencari wanita yang sanggup memikul tanggungjawab itu dengan bersungguh-sungguh.

Kami di Mynewshub mendoakan semoga saudara Helmy Rokman sembuh seperti sedia kala dan terus menjadi ketua keluarga yang terpuji serta kepada puan Mashitah Mohamudiah, semoga tabah dalam menempuh dugaan dan ujian dan Insya Allah dipermudahkan segala urusan.

sumber : mynewshub

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...