(Video) Bantu Hiburkan Pesakit COVID-19, Frontliner Ajak Pesakit Menari Lagu Hindustan

Trending

(Video) Bantu Hiburkan Pesakit COVID-19, Frontliner Ajak Pesakit Menari Lagu Hindustan

Menjalani proses kuarantin pastinya satu tempoh yang memberikan tekanan kepada pesakit-pesakit COVID-19. Bukan sahaja mereka perlu berjauhan dari keluarga malah perasaan risau pastinya akan membelenggu diri mereka.

Bagi membantu para pesakit menghilangkan tekanan di pusat kuarantin, frontliners di pusat kuarantin Singapura tampil dengan idea kreatif untuk menghiburkan mereka. Sebanyak dua kali sehari, pesakit COVID-19 yang ditempatkan di Singapore Expo ini akan sama-sama melakukan sesi latihan beramai-ramai.

Advertisement

Petugas kesihatan akan mengetuai para pesakit dalam latihan tarian di Expo tersebut.

Di dalam video yang dikongsikan, petugas kesihatan itu dilihat menari dengan penuh semangat walaupun dalam keadaan memakai pakaian perlindungan diri. Dapat dilihat juga, puluhan pesakit yang terdiri daripada pekerja asing cuba mengikuti tarian tersebut.

Woodlands Health Campus (WHC) memberitahu pasukan kesihatan memulakan siri latihan itu untuk meningkatkan kesihatan pesakit. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menaikkan mood pesakit dan membantu mereka kekal aktif walaupun di dalam pusat kuarantin.

Terima pujian Dr Noor Hisham

Usaha yang dilakukan oleh petugas kesihatan ini turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi ruangan komen, beliau memberikan reaksi positifnya di atas usaha yang dilakukan mereka.

Perkongsian video itu juga telah mendapat lebih 300,000 tontonan di mana rata-rata netizen turut kagum dengan usaha yang diberikan petugas kesihatan. Walaupun penat bekerja seharian dengan memakai PPE, itu tidak menjadi penghalang buat mereka untuk terus membantu pesakit.



Untuk makluman, pasukan kesihatan di sana memerhatikan keadaan kesihatan dan pernafasan pesakit semasa latihan dilakukan. Tahap oksigen pesakit juga akan diperiksa selepas latihan untuk membantu mengenal pasti sesiapa yang mungkin memerlukan pemerhatian perubatan yang lebih.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...