(VIDEO) Bantai Abang ‘Rider’ Berjemaah, ‘Family’ Baju Merah Dedah Cerita Sebenar – “Video Tu Dah Cut”

Kehidupan

(VIDEO) Bantai Abang ‘Rider’ Berjemaah, ‘Family’ Baju Merah Dedah Cerita Sebenar – “Video Tu Dah Cut”

Terdahulu, viral di media sosial mengenai sebuah video memaparkan pergaduhan di antara sekumpulan ahli keluarga dengan sepasang suami isteri.

Menerusi video tersebut, salah seorang daripada ahli keluarga berbaju merah memberi amaran kepada si suami yang juga merupakan ‘rider’ penghantar makanan agar menegur sikap isterinya.

Advertisement

Berang dengan provkasi tersebut, ‘rider’ berkenaan kemudiannya melepaskan tumbukan ke arah wajah lelaki itu sekaligus menyebabkan ahli keluarga lain turut menyertai pergaduhan tersebut.

Bagaimanapun, ahli keluarga berbaju merah itu telah dikecam teruk oleh netizen gara-gara memukul ‘rider’ berkenaan secara beramai-ramai walaupun telah cuba dihalang oleh isterinya.

Bukan itu sahaja, ‘rider’ berkenaan turut membuat laporan polis dan seramai 11 ahli keluarga telah pun ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden yang tular itu.

Tampil mewakili ahli keluarga lain, seorang wanita menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku di rumah inap desa atau homestay di Batu Pahat, Johor.

Menurut wanita itu, mereka sekeluarga sudah membuat tempahan keseluruhan kawasan homestay berkenaan bagi tujuan mengadakan ‘family day’.

Namun, isteri kepada ‘rider’ berkenaan telah datang di kawasan homestay bersama anaknya untuk mandi kolam dan menegur keluarga tersebut kerana terlalu bising sehingga menggangu anaknya.

Ahli keluarga itu kemudiannya menjelaskan kepada wanita itu bahawa mereka telah menempah kawasan berkenaan dan tidak menjadi satu kesalahan untuk mereka membuat bising.

Tidak senang dengan jawapan tersebut, wanita itu kemudiannya menghubungi suaminya untuk mengadu ‘dihalau’ oleh keluarga berkenaan.

Difahamkan, ‘rider’ itu datang dengan bersikap gangster serta memegang helmet seolah-olah mahu menghayun ke arah mereka.

Jelasnya lagi, video yang tular itu telah disunting oleh pihak media sekaligus menyebabkan salah faham bagi pihak ahli keluarga berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

(VIDEO) Abang 'Rider' Dibantai Berjemaah, Tindakan Isteri Jadi Perhatian - "Kesian Tengok Dia Peluk Suami Dia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...