(VIDEO) Banduan Larikan Diri Ketika Buang Sampah Berjaya Ditangkap Dalam Sungai

Trending

(VIDEO) Banduan Larikan Diri Ketika Buang Sampah Berjaya Ditangkap Dalam Sungai
Sebelum ini, tular mengenai berita seorang banduan lolos yang sedang diburu pihak Polis. Banduan tersebut dikatakan telah melarikan diri Penjara Pengkalan Chepa.
Selepas menerima panggilan polis daripada penjara yang memaklumkan banduan lelaki melarikan diri pada jam 10.13 pagi, pencarian telah guat dijalankan hingga tersebar muka banduan tersebut di dada-dada akhbar.

Terkini, suspek yang dikenali sebagai Mohamad Soolleh Mohd Noor, 31, dari Kampung Delima, Wakaf Bharu telah pun berjaya ditemui tersungkur lewat pagi tadi.

Menurut laporan berita, banduan yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa itu telah berjaya ditangkap pada jam lebih kurang 5.00 pagi di Sg. Pengkalan Nangka, Kelaboran, Tumpat.

Sebelumnya, suspek ditahan kerana mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dengan jenayah dan dadah sebelum disedari melarikan diri semasa proses pembuangan sampah dan dipercayai memanjat pagar di menara penjara.

Tahniah diucapkan kepada Operasi mencari yang melibatkan kakitangan Penjara Negeri Kelantan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba & Penyelamat.

Apa pun, sama-samalah kita doakan setiap banduan di penjara diberikan keinsafan serta iktibar buat kita yang melihat.

Advertisement

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...