Terkini, suspek yang dikenali sebagai Mohamad Soolleh Mohd Noor, 31, dari Kampung Delima, Wakaf Bharu telah pun berjaya ditemui tersungkur lewat pagi tadi.
Sebelumnya, suspek ditahan kerana mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dengan jenayah dan dadah sebelum disedari melarikan diri semasa proses pembuangan sampah dan dipercayai memanjat pagar di menara penjara.
Tahniah diucapkan kepada Operasi mencari yang melibatkan kakitangan Penjara Negeri Kelantan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba & Penyelamat.
Apa pun, sama-samalah kita doakan setiap banduan di penjara diberikan keinsafan serta iktibar buat kita yang melihat.
SUMBER