Tular di media sosial sejak semalam mengenai satu video persembahan nyanyian di sebuah majlis berbuka puasa bersama pelajar tahfiz berlegar di internet.
Dalam video tersebut, artis kumpulan wanita yang membuat persembahan di hadapan pelajar tahfiz berkenaan adalah Dolla yang sememangnya terkenal dengan pakaian mereka yang seksi ala artis k-pop.
Tampil manis berbaju tradisional pada malam itu, apa yang lebih menarik perhatian warga maya adalah reaksi pelajar-pelajar tahfiz yang menonton persembahan nyanyian Dolla pada malam itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berpendapat bahawa para pelajar tahfiz berkenaan seperti tidak selesa meskipun Dolla tampil membuat persembahan dengan berpakaian sopan.
Kejung anak-anak tahfiz tengok Dolla perform Raya Raya Raya ? pic.twitter.com/qZ79HmnFt1
— AE (@arfdy12) March 30, 2023
Ada yang merasakan bahawa persembahan nyanyian itu kurang sesuai kerana lebih baik anak-anak tahfiz itu diraikan dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan.
Siang malam budak-budak tu terkejar dengan pahala. Tak kan tak ada sensitiviti langsung?
Netizen juga menganggap bahawa pihak penganjur dan pengurus kumpulan itu tidak sensitif kerana membuatkan pelajar tahfiz yang hadir berasa ‘terseksa’ ketika majlis iftar itu berlangsung.