Pempengaruh media sosial dan pelakon, Zarina Anjoulie berkongsi momen lucu ketika dia menggayakan jubah sewaktu berada di sebuah majlis, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul dilihat sedang berborak dengan beberapa individu di majlis berkenaan.
Pelakon berusia 35 tahun itu kemudiannya diminta untuk bergambar dengan peminatnya dan terus berdiri tanpa memeriksa pakaiannya.
Namun, apa yang mencuri perhatian netizen ialah apabila jubah yang dipakai oleh Zarina atau lebih mesra disapa Anju itu terselit dicelah punggungnya.
Bukan itu sahaja, dia juga meluahkan rasa geram apabila tudung dan baju yang digayakannya tidak memberi kerjasama.
Baru nak berangan hot.. geram pulak dengan anak tudung ni tak cover telinga. Baju pulak tersumbat celah montot stress tul. Make up dah on point dah tu! baju makan tuan tul la.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pelakon berdarah campuran Melayu, Scotland dan Iran itu.
Bukan itu sahaja, ramai yang menasihati Zarina untuk memakai kain dalam supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.