(VIDEO) Bajet Bawah RM10, Dua Bahan Bantu Hilangkan Kesan Kuning Lampu Kereta

Trending

(VIDEO) Bajet Bawah RM10, Dua Bahan Bantu Hilangkan Kesan Kuning Lampu Kereta

Pemilik kereta  pasti pernah mengalami masalah lampu depan atau headlight kuning. Yalah, asyik terdedah pada hujan dan panas, sudah tentu luaran kereta akan menjadi kusam.

Bila kereta dimakan tahun, lapisan coating, wax atau sealant yang melindunginya semakin menipis atau tertanggal. Maka, terjadilah proses pengoksidaan sehingga terdapat kesan kesan kekuningan pada lampu itu.

Advertisement

Ia bukan saja menjadi kurang cantik, tapi juga kabur dan boleh membahayakan keselamatan pemanduan, terutamanya pada waktu malam sebab lampu boleh menjadi kurang terang.

Terbaru, tular di aplikasi Tik Tok di mana dengan hanya menggunakan buah lemon dan baking soda, anda akan dapat melihat lampu kereta kembali clear dan cantik.

Caranya amat mudah. Anda hanya perlu tekap buah lemon di atas baking soda kemudian sapu dan gosok pada bahagian lampu kereta. Senang bukan? Ikuti video di bawah untuk lebih mudah faham.

SUMBER 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...