(VIDEO) Bajet 2022 Berat Sebelah & Tumpu Golongan ‘Tertentu’ Saja? Biar Betul?!

Branded

(VIDEO) Bajet 2022 Berat Sebelah & Tumpu Golongan ‘Tertentu’ Saja? Biar Betul?!

Bajet atau Belanjawan 2022 adalah pembentangan mengenai peruntukan wang bagi sesuatu keperluan untuk tahun yang mendatang. Di Malaysia, pembentangan bajet kebiasaannya akan dilakukan pada bulan Oktober setiap tahun dan akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Namun begitu, tahun demi tahun menyaksikan masyarakat mula tidak mengambil tahu tentang pembentangan ini sehingga terdapat segelintir daripada mereka yang tidak mengetahui peruntukkan yang layak dinikmati.

Peruntukkan Khas Buat Wanita?

Kebiasaannya peruntukkan kewangan negara akan memfokuskan kepada isu rumah yang berpendapatan rendah seperti golongan B40 bagi membantu dan memberi mereka peluang menikmati dan menambah baik kehidupan.

Dalam pembentangan bajet baru-baru ini, terdapat satu inisiatif yang menarik perhatian BeautifulNara, iaitu peruntukkan khas untuk wanita. Tapi persoalan kami, sejauh mana masyarakat peka tentang inisiatif ini? Anda boleh saksikan video diatas.

Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera

Keluarga Malaysia, Makmur Bersama

Memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan menjadi paksi kepada peruntukkan Bajet 2022. Ia adalah seiring dengan keadaan negara yang beransur pulih daripada kemuncupan ekonomi akibak wabak pandemik dan terkini banjir luar biasa yang melanda hampir seluruh negara.

Diharapkan bajet yang diperuntukkan ini dapat menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk bangkit semula selepas hampir 2 tahun berada dalam keadaan ketidakpastian dan dimanfaatkan sebaiknya.

Jadilah masyarakat yang cakna agar tidak mendapat info yang tidak lengkap atau kurang tepat. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya terdapat banyak lagi initiatif baru diperkenalkan kerajaan yang merangkumi setiap lapisan golongan masyarakat.

Bagi anda yang ingin mengetahui manfaat yang anda boleh nikmati menerusi pembentangan bajet ini, layari https://budget.mof.gov.my/2022/.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...