(Video) “Bahaya Pakai Jaket Terbalik”, Jaket Tersangkut Pada Tayar Motor Dan Membelit Leher Mangsa

Kehidupan

(Video) “Bahaya Pakai Jaket Terbalik”, Jaket Tersangkut Pada Tayar Motor Dan Membelit Leher Mangsa

Penunggang motorsikal biasanya gemar memakai jaket secara terbalik ketika memandu. Tapi sebenarnya pemakaian jaket terbalik ini boleh mengundang bahaya kepada pemandu.

Salah seorang pengguna Facebook, Fatin Khalidah berkongsikan satu video kejadian yang berlaku padanya. Penunggang motorsikal ini memakai jaket secara terbalik dan menyebabkan ianya tersangkut pada tayar motor.

Advertisement

“Jaket tersangkut pada tayar motor and membelit leher mangsa menyebabkan saluran pernafasan mangsa blocked.”

Dalam video ni, boleh nampak baju jaket yg dipakai mangsa, menjadi ‘potential threat/fatal’ pada mangsa, tersangkut dan menyebabkan mangsa hilang kawalan.

Semasa diselamatkan, mangsa dalam keadaan 50-50 dalam keadaan sukar bernafas. Selepas beberapa minit kemudian, mangsa mula sedar selepas diberikan bantuan pernafasan CPR oleh orang awam.

Ada juga orang awam yang tolong payungkan mangsa sebab keadaan ketika itu yang hujan renyai.

orang ramai payungkan mangsa kemalangan

Advertisement

Based on apa yg saya saksikan sendiri semalam, how mangsa struggle. Boleh dikatakan pakai jaket/raincoat backward atau kebelakang tanpa dizip boleh membahayakan nyawa anda!

Dah banyak juga kes kemalangan yang berlaku sebabkan pemakaian jaket secara terbalik macam ini. Selalunya jika jaket itu tidak dizipkan dengan kemas, pasti ada kes ianya tersangkut pada motor atau lebih teruk tersangkut pada kenderaan lain.

penunggang motorsikal
Sebelum ini pernah berlaku, kes seorang penunggang motorsikal meninggal dunia apabila jaket dipakainya mengibas-ngibas lalu tersangkut di sebatang cangkuk kecil pada sebuah lori simen.

Diharapkan kejadian ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua penunggang motorsikal di luar sana. Sebelum sesuatu yang buruk berlaku, lebih baik kita berhati-hati dengan mencegahnya.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...