Penunggang motorsikal biasanya gemar memakai jaket secara terbalik ketika memandu. Tapi sebenarnya pemakaian jaket terbalik ini boleh mengundang bahaya kepada pemandu.
Salah seorang pengguna Facebook, Fatin Khalidah berkongsikan satu video kejadian yang berlaku padanya. Penunggang motorsikal ini memakai jaket secara terbalik dan menyebabkan ianya tersangkut pada tayar motor.
“Jaket tersangkut pada tayar motor and membelit leher mangsa menyebabkan saluran pernafasan mangsa blocked.”
Semasa diselamatkan, mangsa dalam keadaan 50-50 dalam keadaan sukar bernafas. Selepas beberapa minit kemudian, mangsa mula sedar selepas diberikan bantuan pernafasan CPR oleh orang awam.
Ada juga orang awam yang tolong payungkan mangsa sebab keadaan ketika itu yang hujan renyai.
Based on apa yg saya saksikan sendiri semalam, how mangsa struggle. Boleh dikatakan pakai jaket/raincoat backward atau kebelakang tanpa dizip boleh membahayakan nyawa anda!
Dah banyak juga kes kemalangan yang berlaku sebabkan pemakaian jaket secara terbalik macam ini. Selalunya jika jaket itu tidak dizipkan dengan kemas, pasti ada kes ianya tersangkut pada motor atau lebih teruk tersangkut pada kenderaan lain.
Diharapkan kejadian ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua penunggang motorsikal di luar sana. Sebelum sesuatu yang buruk berlaku, lebih baik kita berhati-hati dengan mencegahnya.
Sumber: Facebook