(VIDEO) “Bahagia I Memang You” – Rossa Serra Doakan Shuk Sahar ‘Move On’, Bagi ‘Hint’ Ada Orang Baru?

Hiburan

(VIDEO) “Bahagia I Memang You” – Rossa Serra Doakan Shuk Sahar ‘Move On’, Bagi ‘Hint’ Ada Orang Baru?

Sebelum ini, pelawak Shuk Sahar telah memuat naik satu hantaran video di laman TikTok miliknya yang memaparkan dirinya sedang berada di mahkamah bersama seorang peguam sekaligus memberi bayangan bahawa perkahwinannya kini sudah sampai ke penghujung.

Baru-baru ini, Rossa Sera turut memuat naik video TikTok memaparkan dirinya tersenyum sambil memegang sejambak bunga dan menyertakan beberapa tangkap layar kiriman mesej Shuk Sahar yang seperti ingin memujuknya namun tidak dibalas.

Advertisement

Malah, Sera atau nama sebenarnya Rossalenna Natassyiah Asshaferah turut meninggalkan ucapan seolah-olah ‘selamat tinggal’ dengan mendoakan Shuk supaya menjaga diri serta terus kuat untuk move on dan bekerja keras demi anak-anak.

Saya akan selalu doakan dan support awak!! Kerja kuat-kuat untuk anak-anak kita ok? Please kuat dan kita sama-sama move on.

Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah pada akhir video tersebut, Sera telah memegang jambakan bunga berwarna pink itu dihadapan seorang lelaki seperti memberi ‘hint‘ dia sudah jumpa pengganti.

@rossa.sera

Tq , sy akan slu doakan dan support awak !! Kerja kuat2 untuk anak2 kita ok? Please kuat n kita sama2 move on ????? #fyp

? suara asli – •????? – •?????

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira melihat wanita itu kini sudah mampu tersenyum bahagia.

Hargai la isteri bila dah tak ada baru tercari-cari – netizen.

Tahniah serra.. awak memang iron lady.. tak semua orang dapat lalui kisah hidup macam awak,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuk sahar tiktok
2 years ago

“Macam Drama TV” - Shuk Sahar Buat TikTok Ketika Urusan Di Mahkamah, Netizen Kecam Seolah Cari Publisiti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...