Sebelum ini, pelawak Shuk Sahar telah memuat naik satu hantaran video di laman TikTok miliknya yang memaparkan dirinya sedang berada di mahkamah bersama seorang peguam sekaligus memberi bayangan bahawa perkahwinannya kini sudah sampai ke penghujung.
Baru-baru ini, Rossa Sera turut memuat naik video TikTok memaparkan dirinya tersenyum sambil memegang sejambak bunga dan menyertakan beberapa tangkap layar kiriman mesej Shuk Sahar yang seperti ingin memujuknya namun tidak dibalas.
Malah, Sera atau nama sebenarnya Rossalenna Natassyiah Asshaferah turut meninggalkan ucapan seolah-olah ‘selamat tinggal’ dengan mendoakan Shuk supaya menjaga diri serta terus kuat untuk move on dan bekerja keras demi anak-anak.
Saya akan selalu doakan dan support awak!! Kerja kuat-kuat untuk anak-anak kita ok? Please kuat dan kita sama-sama move on.
Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah pada akhir video tersebut, Sera telah memegang jambakan bunga berwarna pink itu dihadapan seorang lelaki seperti memberi ‘hint‘ dia sudah jumpa pengganti.
@rossa.sera Tq , sy akan slu doakan dan support awak !! Kerja kuat2 untuk anak2 kita ok? Please kuat n kita sama2 move on ????? #fyp
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira melihat wanita itu kini sudah mampu tersenyum bahagia.
Hargai la isteri bila dah tak ada baru tercari-cari – netizen.
“Tahniah serra.. awak memang iron lady.. tak semua orang dapat lalui kisah hidup macam awak,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.