Sedia maklum, beberapa hari lalu, dunia hiburan digemparkan dengan satu khabar berita yang kurang enak untuk didengari setelah pelakon, Diana Danielle mengambil keputusan untuk berpisah dengan suami, Farid Kamil.
Terbaharu, Farid telah meluahkan rasa rindunya terhadap anak-anak, Muhammad dan Aurora melalui sebuah video yang dimuat naik di Instagram.
Dapat dilihat video beberapa saat itu merakamkan momen bahagia mereka sewaktu menunaikan Umrah di Tanah Suci.
View this post on Instagram
Barangkali terkesan dengan kapsyen yang dibuat oleh pelakon tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kesian terhadapnya dan mendoakkan agar Farid kekal kuat hadapi ujian ini.
Malah, netizen turut berpendapat bahawa Diana tidak seharusnya menghalang Farid berjumpa dengan anak-anak biarpun berlaku masalah rumah tangga.
Sekadar info, Diana Danielle mengambil keputusan untuk bercerai kerana mendakwa sudah tidak persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).