Tular di aplikasi TikTok, video kekecohan yang berlaku di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila pasukan peguam bela yang mewakili balu Allahyarham Nazrin Hasan, Samirah Muzzafar berselisih faham dengan petugas media.
Menerusi video tersebut, dilihat seorang peguam yang mengiringi Samirah telah menegur petugas media untuk memberi laluan.
Namun, gara-gara laluan masih dihalang oleh petugas media, peguam tersebut telah menolak seorang jurugambar dan menjerit ke arahnya.
Bagi laluan lah!
Akibat dikasari peguam, jurugambar tersebut dilihat tidak berpuas hati lalu membalas dengan menghempuk kepala peguam itu dengan kameranya.
@utusanonline Pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam kecoh apabila pasukan peguam bela yang mewakili balu Allahyarham Nazrin Hasan, Samirah Muzzafar berselisih faham dengan petugas media awal pagi ini.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut melihat kejadian tersebut dan menasihati agar kedua-dua pihak untuk melakukan tugasan dengan profesional.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.