Buat mereka yang pertama kali belajar memandu, semestinya akan mempunyai perasaan yang bercampur-baur sebelum memulakan pembelajaran.
Setiap pelajar juga akan mempunyai seorang guru memandu yang memantau sepanjang sesi pembelajaran dijalankan.
Akan tetapi, segelintir guru beranggapan bahawa kebanyakan pelajar sudah pun mengetahui asas memandu yang menyebabkan mereka berasa percaya untuk meninggalkannya memandu sendirian.
Itulah yang berlaku dalam perkongsian di TikTok oleh Irfan Hakim apabila kereta yang digunakan untuk belajar memandu remuk di bahagian hadapan akibat terlibat kemalangan di dalam litar latihan memandu.
Menceritakan secara lebih terperinci, difahamkan guru memandu tersebut meninggalkan pelajar bersama kereta bersendirian kerana mahu pergi ke tandas.
Sebaik sahaja keluar dari tandas, guru berkenaan terperanjat kereta yang ditinggalkan tadi telah masuk ke dalam longkang.
Susulan kejadian, cikgu memandu itu disaman kerana membiarkan pelajar tanpa pemantauan dan difahamkan penyebab kemalangan adalah kerana pelajar tertekan pedal minyak sejauh 70 meter semasa melakukan latihan ‘zigzag’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman semasa belajar memandu dan ada yang menasihatkan pelajar sentiasa tenang dan jangan panik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.