(VIDEO) Babitkan Kemalangan Lima Buah Kenderaan, Pemandu Wanita Mabuk Ditahan Polis

Trending

(VIDEO) Babitkan Kemalangan Lima Buah Kenderaan, Pemandu Wanita Mabuk Ditahan Polis

Kes berkaitan pemandu mabuk dan langgar lari di Malaysia dilihat amat serius susulan terdapat trend peningkatan kes dari masa ke semasa.

Terbaru, polis menahan seorang wanita warga China selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dan mengakibatkan kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Taman Muda.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 11 malam di mana wanita berusia 54 tahun memandu Proton Wira telah hilang kawalan, lalu melanggar sebuah kereta jenis Mazda yang diparkir di bahu kiri jalan di Jalan Bunga Cempaka 2.

“Suspek kemudiannya telah mengundurkan keretanya lalu telah melanggar kereta jenis Honda City yang diparkir di bahu kanan jalan tersebut”.

“Akibat perlanggaran itu, kereta Honda City telah teranjak ke hadapan dan melanggar kereta jenis Chevrolet”.

Tambahnya, suspek wanita itu kemudiannya memandu ke arah Jalan Bunga Mawar 5A di sini.

“Suspek sekali lagi telah hilang kawalan lalu melanggar kereta jenis Proton Saga yang diparkir di tepi kanan jalan dan sebatang tiang lampu di tepi kiri jalan”.

 SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...