Kes berkaitan pemandu mabuk dan langgar lari di Malaysia dilihat amat serius susulan terdapat trend peningkatan kes dari masa ke semasa.
Terbaru, polis menahan seorang wanita warga China selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dan mengakibatkan kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Taman Muda.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 11 malam di mana wanita berusia 54 tahun memandu Proton Wira telah hilang kawalan, lalu melanggar sebuah kereta jenis Mazda yang diparkir di bahu kiri jalan di Jalan Bunga Cempaka 2.
“Suspek kemudiannya telah mengundurkan keretanya lalu telah melanggar kereta jenis Honda City yang diparkir di bahu kanan jalan tersebut”.
“Akibat perlanggaran itu, kereta Honda City telah teranjak ke hadapan dan melanggar kereta jenis Chevrolet”.
Tambahnya, suspek wanita itu kemudiannya memandu ke arah Jalan Bunga Mawar 5A di sini.