Sedutan trailer telefilem berjudul Nyang yang ditayangkan di saluran Astro baru-baru ini khabarnya telah menjadi bualan netizen gara-gara lakonan mantap Emma Maembong dan Ahnaf Bakar sebagai suami isteri.
Dalam satu babak telefilem itu, Emma yang melakonkan watak Sara telah dipaksa untuk melakukan hubungan intim bersama suaminya, lakonan Ahnaf Bakar.
Sara yang sedang berpantang telah dibelasah dan bayi mereka turut diabaikan kerana hanya diletakkan di atas sofa di ruang tamu.
Meskipun ditolak dengan cara baik, Zaidi dilihat mengamuk dan tidak memikirkan keadaan kesihatan si isteri.
Bidan, bidan, kau nak ikut cakap bidan ke cakap aku. Aku ni laki kau la. Kalau macam tu tak apa.
Video sedutan babak itu kemudiannya menjadi tular dan netizen rata-rata tampil meluahkan rasa berang dengan tindakan Zaidi yang mementingkan diri sendiri.
Ramai juga yang memaki hamun Zaidi selain memuji lakonan mantap yang ditonjolkan kedua-dua pelakon tersebut.
Trauma terasa. Bukan laki sendiri buat. Tapi dia jerit sakit tu. Terasa bawah ni macam man. Pedih, perit jeritan. Takut sangat-sangat.
Telefilem Nyang akan ditayangkan pada 29 Oktober jam 10 malam di saluran Astro Citra atau Strim di Astro Go / Ultra Box.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.