(Video) : Ayu Dan Manis Bertudung, Gadis Ini Lincah Main Bola Sepak Hingga Jadi Perhatian Stesen TV Seberang.

Trending

(Video) : Ayu Dan Manis Bertudung, Gadis Ini Lincah Main Bola Sepak Hingga Jadi Perhatian Stesen TV Seberang.

Jika lihat dari rupa parasnya yang manis dan sedap mata memandang, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa gadis secantik ini adalah salah seorang pemain bola sepak wanita pasukan Sri Sadow Glow Glowing FC dalam saingan Liga Bolasepak Rakyat Wanita.

Advertisement

Indah nama diberi seindah wajahnya, nama empunya gerangan adalah Nur Syahindah binti Mohammad Kamal. Gadis berusia 20 tahun yang berasal dari Kota Bharu.

Kini melanjutkan pelajaran di Kolej Poly-Tech Mara dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan. Beliau menganggap bukan masalah untuk seorang wanita bermain bola sepak. Cuma ianya merupakan perkara yang baru di negara ini dan perlu menjaga batas-batas budaya kita.

“Saya suka mencuba sesuatu yang baru dan lasak jadi saya memilih sukan bola sepak. Saya mula berjinak dengan futsal selepas tamat SPM dan dari situ minat saya terhadap sukan ini semakin mendalam dan kini saya mencuba nasib dalam pasukan Sri Sadow Glow Glowing FC dan alhamdulillah saya berjaya.”

Meskipun pernah diperlekeh dan dipandang serong oleh segelintir masyarakat, Indah menganggap ia sebagai perkara remeh yang tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus terlibat dalam bidang bola sepak ini.

Sebaliknya pemain bola sepak wanita yang menjadi sensasi di internet hingga tular ke media Indonesia itu memandang cemuhan yang dilemparkan dengan positif.

“Saya jadikan itu sebagai satu semangat untuk saya tunjuk yang kita wanita juga boleh bermain bola sepak,” ujarnya.

“Sebab sesetengah orang sahaja yang selalu merendahkan saya, ada yang kata perempuan lebih baik pergi masak di dapur. Sebab itu saya jadikannya sebagai pembakar semangat.”

Bermula dengan minat mendalam terhadap pasukan Barcelona, beliau kemudian mula mendalami dunia bola sepak dengan berjinak-jinak dengan futsal sehingga terlibat dengan bola sepak secara serius kini.

Anak bongsu dari empat adik beradik ni selesa bermain di posisi pertahanan kiri setelah dipilih menyertai pasukan bola sepak wanita ini hujung tahun lalu.

Beliau amat berharap pasukan yang disertai mendapat peluang untuk pergi jauh dan berharap dapat terpilih sebagai pemain Malaysia.

Sumber : Malay Mail Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...