Di sebalik perwatakan tegas dan garang, seorang ayah itu sebenarnya penuh dengan sifat tanggungjawab, kasih sayang dan sentiasa mengambil berat tentang keluarga, lebih-lebih lagi untuk anaknya. Mungkin ada di antara kita sering terlepas pandang mengenai perkara ini.
“Ketika dia sihat digunakan seluruh tenaganya untuk berjuang, ketika dia sakit, cukup sekadar diabaikan saja sakitnya itu.”
Satu rakaman video yang dikongsikan oleh Sahabatsurga di instagram telah menyentuh hati masyarakat.
Menurut perkongsian ini, seorang ayah menyimpan seketul ayam dari makanannya untuk dibawa pulang buat anaknya d rumah. Dia hanya memakan seketul lagi buat mengalas perut.
Dalam menjamah makanannya di tepi jalan, ayah ini masih memikirkan tentang anaknya di rumah.
“Bagi sesetengah orang dia merupakan satu-satunya harta, dan bagi yang lain pula, dia merupakan kenangan yang tidak ternilai. Maka cintailah dia sebelum cinta itu sudah tidak berguna lagi untuk diungkapkan.”
-Sahabatsurga
Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan lelaki ini.
“Pak sihat selalu yaa pak, semoga lancar rezekinya, Aminn…”
“Moga sihat selalu buat ayah ini dan semua ayah2 di luar sana ??”
“Semoga bapak di dalam video ini selalu sihat dan bahagia dgn keluarganya.”
Bagi mereka yang masih berpeluang hidup bersama ayah, anda sangat beruntung. Hargailah dia dengan kasih-sayang dan luangkan masa anda untuk bersamanya.
Tak kira siapa pun ayah anda, percayalah dia adalah insan istimewa yang dijadikan untuk anda dan tiada siapa yang mampu menandingi pengorbanan seorang ayah.