(Video) Ayah Melambai Sebak Pada Anak Yang Dibawa Pergi Oleh Ambulans Selepas Didapati Positif COVID-19

Trending

(Video) Ayah Melambai Sebak Pada Anak Yang Dibawa Pergi Oleh Ambulans Selepas Didapati Positif COVID-19

Video perpisahan sebuah keluarga bersama seorang ahli keluarga yang lain viral selepas dikongsikan di media sosial malam tadi. Difahamkan, remaja lelaki tersebut disahkan positif wabak COVID-19 dan terpaksa dibawa ke hospital menaiki ambulans yang tiba di rumahnya.

Lebih menyedihkan, dia merupakan satu-satunya ahli keluarga yang disahkan positif dan terpaksa berjauhan dengan keluarganya seorang diri. Kejadian dipercayai berlaku di Simpang Renggam, Johor yang kini sudah melalui perintah ‘lockdown’ sepenuhnya.

Advertisement

“Nanti telefon ayah ya.”

Di dalam video yang dikongsikan, remaja lelaki tersebut membawa barang keperluannya sambil diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain. Ahli keluarga yang lain tidak dapat menahan diri daripada menangis selepas melihat remaja tersebut bergerak masuk ke dalam ambulans seorang diri.

Tidak dapat dipastikan bagaimana remaja tersebut mendapat jangkitan wabak ini kerana tiada maklumat yang dikongsikan setakat ini. Sebaik sahaja dikongsikan di laman Facebook, video itu kini mendapat lebih 2 juta tontonan oleh para netizen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesihatan yang terbaik untuk remaja lelaki tersebut. Kebanyakan netizen turut berasa sedih dan sebak melihat perpisahan yang dialami oleh keluarga tersebut.

komen facebook

Sebelum ini, kejadian yang sama turut berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki menjadi satu-satunya ahli keluarga yang disahkan positif COVID-19. Kejadian sedih itu turut dikongsikan di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Artikel berkaitan: Momen Sedih Kanak-Kanak Lelaki Positif COVID-19 Terpaksa Ke Hospital Seorang Diri Tular Di Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...