Video Awal Ashaari menunaikan solat di sebuah masjid di Dubai yang dimuat naik ke akaun Instagramnya mendapat kecaman daripada netizen.
Ramai yang mengatakan solatnya itu tidak sah mengikut hukum kerana dahinya terlindung dengan serban dan tidak menyentuh lantai ketika sujud. Awal juga dianggap seakan mempersendakan agama dengan memakai cermin mata hitam ketika solat. Gaya terlebih terlalu taksub untuk ia menjadi tatapan di Instagram.
Kami juga bukanlah sempurna mana dalam bab agama ini, tetapi rasanya tidak semua benda perlu dikongsi di media sosial. Kalau bab ibadah ini lebih baik ia menjadi rahsia antara diri kita dan Allah SWT sahaja.