(Video) “Awak Tak Sempat Dengar Jawapan Saya Lagi”, Lelaki Mati Lemas Selepas Buat Lamaran Perkahwinan

Kehidupan

(Video) “Awak Tak Sempat Dengar Jawapan Saya Lagi”, Lelaki Mati Lemas Selepas Buat Lamaran Perkahwinan

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pastinya mempunyai kisah perjalanan mereka sendiri. Ada yang berjaya mencapai impian untuk berumah tangga dan ada juga yang tidak mempunyai pengakhiran yang indah.

Seperti yang dialami oleh wanita ini Kenesha Antoine yang kehilangan kekasihnya sejurus selepas dilamar berkahwin. Kekasihnya Steven Weber mati lemas selepas melamarnya di dalam acara romantik di dalam air.

Advertisement

“Saya tak dapat tahan nafas dengan cukup lama untuk bagitau semua yang saya sukakan tentang awak. Sudikah awak berkahwin dengan saya?”

Menerusi video lamaran yang dikongsinya ini, Steven melamarnya dengan menunjukkan nota cinta sebelum mengeluarkan sepasang cincin. Selepas itu, Steven bergegas kembali ke permukaan air tetapi malang sekali usahanya gagal. Lamaran itu dilakukan di luar bilik hotel yang di diami mereka di bawah laut.

“Tetapi selepas melamar, awak langsung tidak muncul untuk mendengar jawapan saya, Ya! Ya! Satu juta kali ya, saya sudi berkahwin dengan awak.”

pasangan kekasih

Tolong doakan buat keluarga dan rakan-rakan yang sayangkan Steven. Sayang lah antara satu sama lain sementara anda mampu. Saya tahu walau dimana  sahaja, semangat Steven tetap ada. Memberi cinta, menyebarkan kegembiraan dan ketawa. Dia akan menghiburkan seseorang dengan jenakanya yang luar biasa.

Diharapkan kisah ini dapat dijadikan iktibar kepada semua pasangan di luar sana. Semoga wanita ini tenang menghadapi dugaan.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...