Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pastinya mempunyai kisah perjalanan mereka sendiri. Ada yang berjaya mencapai impian untuk berumah tangga dan ada juga yang tidak mempunyai pengakhiran yang indah.
Seperti yang dialami oleh wanita ini Kenesha Antoine yang kehilangan kekasihnya sejurus selepas dilamar berkahwin. Kekasihnya Steven Weber mati lemas selepas melamarnya di dalam acara romantik di dalam air.
“Saya tak dapat tahan nafas dengan cukup lama untuk bagitau semua yang saya sukakan tentang awak. Sudikah awak berkahwin dengan saya?”
Menerusi video lamaran yang dikongsinya ini, Steven melamarnya dengan menunjukkan nota cinta sebelum mengeluarkan sepasang cincin. Selepas itu, Steven bergegas kembali ke permukaan air tetapi malang sekali usahanya gagal. Lamaran itu dilakukan di luar bilik hotel yang di diami mereka di bawah laut.
“Tetapi selepas melamar, awak langsung tidak muncul untuk mendengar jawapan saya, Ya! Ya! Satu juta kali ya, saya sudi berkahwin dengan awak.”
Tolong doakan buat keluarga dan rakan-rakan yang sayangkan Steven. Sayang lah antara satu sama lain sementara anda mampu. Saya tahu walau dimana sahaja, semangat Steven tetap ada. Memberi cinta, menyebarkan kegembiraan dan ketawa. Dia akan menghiburkan seseorang dengan jenakanya yang luar biasa.
Diharapkan kisah ini dapat dijadikan iktibar kepada semua pasangan di luar sana. Semoga wanita ini tenang menghadapi dugaan.
Sumber: Facebook