Tular di TikTok semalam mengenai satu video yang memaparkan seekor anjing peliharaan terpaksa dimatikan sambil disaksikan oleh tuannya di klinik haiwan.
Pemilik anjing yang diberi nama Lily The Labrador, Carina dilihat telah berkongsi video saat-saat akhir Lily dimatikan gara-gara menderita kanser limfoma.
Di hujung video tersebut, Carina telah mengucapkan selamat tinggal buat anjing kesayangannya itu buat selama-lamanya.
Sangat meruntun hati, Carina memberitahu bahawa Lily sempat menikmati makanan ringan kegemarannya sebelum pergi.
Carina dan Lily juga turut berpelukan dan mencipta kenangan selain memberikan kata-kata terakhir buat anjingnya itu.
Maaf baby girl, saya sayang awak tapi awak perlu pergi, terima kasih untuk segala-galanya, kami bersyukur mempunyai kenangan bersama awak selama tujuh tahun.
Netizen di media sosial turut memberikan kata-katan semangat dan mengucapkan takziah kepada Carina di atas kehilangan Lily.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.