Baru-baru ini pelakon Janna Nick tampil menceritakan kisah silamnya dalam satu temu bual tentang bagaimana dia membesar dalam keadaan ‘broken family‘.
Temu bual itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Naz, di mana ianya memfokuskan tentang perjalanan hidup pelakon drama My Coffee Prince itu.
Menurut pelakon itu, ibu bapanya bercerai ketika dia darjah tiga dan memilih untuk tinggal bersama neneknya kerana menurutnya itu mmerupakan keputusan yang terbaik.
Tambah Janna lagi, dia memaksa dirinya menjadi seseorang yang ektrovert untuk menghiburkan diri sendiri supaya tidak berasa sunyi.
Saya banyak membesar dengan kawan-kawan. Kadang-kadang orang nampak sisi saya yang extrovert. Tapi sebenarnya saya terpaksa jadi extrovert sebab saya rasa saya kena hiburkan diri saya.”
I can feel you Janna Nick. Hanya orang yang dibesarkan daripada Broken Family je akan faham apa yg dia rasa pic.twitter.com/5I4bwZ7OaC
— Naz ? (@_NazriH) July 10, 2022
Pelakon berkenaan juga berkongsi disebabkan apa yang berlaku dalam keluarganya itu, segala keputusan yang dibuat terletak di atas tangannya sendiri dan memberi impak kepada dirinya sekarang.
Selain itu, Janna Nick juga berkongsi bahawa dia banyak membesar bersama kawan-kawan dan segala tindak tanduknya tidak mendapat bimbingan daripada mana-mana pihak.
Bercerita lebih lanjut tentang kehidupan, Janna Nick tidak pernah merasakan hari raya merupakan sesuatu yang menyeronokkan selepas perceraian kedua-dua ibu bapanya.