Satu perkongsian video di TikTok baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila seorang wanita mendakwa dirinya mengalami gangguan kebimbangan ‘anxiety attack’ ketika memandu di tengah jalan.
Dalam video tersebut, wanita bernama Cik Nin itu menceritakan pengalaman diserang penyakit itu di mana membuatkan dia menjadi kaku di lampu isyarat.
View this post on Instagram
Tiga jam panic attack di tengah jalan raya. Jadi kaku di lampu isyarat, langsung tak boleh drive. Dada rasa sakit, susah bernafas dan jantung berdegup kencang.
Jelasnya, dia hilang pertimbangan ketika memandu untuk ke hospital kerana gangguan itu dirasakan sejak dia berada di pejabat lagi.
Malah, pihak polis bertugas telah mengambil alih tempatnya sebagai pemandu berikutan keadaan yang tidak stabil.
Saya memang langsung tak boleh drive. Anggota suruh saya ke tepi dan dia pandu kereta saya sambil cuba tenangkan saya.
Dekat hospital masih menggigil sampai 3 pagi. Doktor cakap lembut-lembut untuk tenangkan saya.
Menjengah ke ruangan komen video yang dimuat naik kembali di sebuah portal berita, netizen tampil memberikan respon pelbagai dan rata-ratanya mengkritik wanita itu.
Kata mereka, orang yang mengalami ‘panic attack’ tidak akan sempat merakam saat-saat diserang penyakit itu semata-mata untuk dijadikan hantaran media sosial kerana emosi dan keadaan mereka selalunya tidak stabil.
Tambah netizen lagi, penyakit berkaitan kesihatan mental ini bukanlah sekadar ‘content’ untuk ditayang di media sosial.
Ada masa pula nak pegang phone record. Biar doktor je bagitahu apa kesan panic attack ni. Bukan rakam benda macam ni nak raih viewers atau nak suruh orang faham macam mana kena panic attack.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.