Tular sejak semalam mengenai sebuah video memaparkan pensohor media sosial, Abang Tesla yang dilihat membawa isteri pertamanya, Majdina menikmati makan malam istimewa di satu lokasi.
Difahamkan video tersebut bertujuan mempromosikan lokasi restoran yang berlokasi di Johor.
Abang Tesla sempat mendedahkan bahawa dia sudah lama ingin memaklumkan mengenai niatnya untuk berkahwin lagi satu di hari jadi isteri pertamanya itu.
Kata Abang Tesla lagi, dia bimbang setelah memaklumkan mengenai niatnya itu, mungkin ada perceraian dan respon Majdina hanyalah dia ingin mencuba melayari kehidupan bermadu setelah suaminya itu bernikah kali kedua.
@n.majdina I’m okay, i’m fine Gwenchana, teng neng neng neng ????
Namun, ruangan komen hantaran TikTok itu menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen.
Suara bila dengan bini first biasa je. bila dengan bini no 2 suara manja lain macam.
Mata dan air muka Kak Maj tak dapat menutup isi hati. Harap kuat je la.
Sebelum ini, Majdina tampil mencuri tumpuan gara-gara satu video memaparkan dia seperti bersedih setelah menulis kapsyen ‘terlihat ceria padahal hampir gila’ di TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.