Mohd Faiz Subri hari ini mencatat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang memegang trofi berprestij sekali gus mengharumkan nama negara di anugerah FIFA yang berlangsung awal pagi tadi.
Beliau berjaya memenangi anugerah Puskas atau anugerah gol paling cantik bagi tahun 2016.
Bermula dengan kalimah ‘Assalammualaikum’, Faiz kelihatan agak sedikit gementar ketika memulakan ucapannya namun dia berjaya menghabiskan ucapan tersebut tanpa sebarang masalah.
Tahniah buat Faiz Subri. Anda memang lagenda!
Video ucapan Faiz Subri (HD):
Mood Faiz Subri pon boleh lah janji Ronaldo Lima yang sebut nama tu siap wish congrats lagi. Power ! ??#PuskasAward #TheBest pic.twitter.com/GiDgp2AwZ4
— paanoag (@paanfuntastic) January 9, 2017