Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO)Aryan Band – Kasih Katakan Sesuatu

Baru-baru ini kawan Abang Nara suruh Abang Nara ushar-ushar kumpulan muzik yang diberi nama Aryan Band ini. Secara jujur, inilah pertama kali Abang Nara mendengar tentang kumpulan ini. Dengan pantas Abang Nara mencari info yang sepatutnya. Rupa-rupanya Aryan Band ini adalah anak didik M. Nasir.

aryan band

Advertisement

Pasti ada sesuatu yang menarik tentang Aryan Band sehingga M. Nasir mengambil mereka duduk di bawah syarikat Luncai Emas. Takkanlah sifu M. Nasir nak ambil anak murid sesuka hati je kan? Ushar punya ushar, rupanya Aryan Band dah ada video klip untuk lagunya yang bertajuk Kasih Katakan Sesuatu.

Lagu dan videonya not bad jugak kan? Kelakar pun ada jugak jalan ceritanya. Mungkin nasib masih tidak menyebelahi Aryan Band untuk popular sekelip mata, namun Abang Nara yakin dengan usaha keras dan tunjuk ajar daripada M. Nasir, nama mereka akan naik juga suatu hari nanti. Apa kata anda?

aryan band

P.S: Penampilan anda di pagi raya pasti akan lebih cantik berseri dan manis di pandangan mata orang ramai dengan memakai jubah terbaru daripada Gudang.MY ini. Kualiti kain yang tinggi dengan harga yang sangat murah iaitu hanya RM49 sahaja. Dapatkannya sekarang kerana stok amat terhad. Klik di sini untuk membeli.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 Comments

  1. Amier

    August 3, 2012 at 6:17 pm

    Tak ada nama lain ke nak taruh nama kumpulan.Aryan adalah suatu rumpun keturunan berasal dari Caucasius dan keturunan itu merebak ke Eropah dan Asia tengah seperti bangsa Iran,Afghan dan utara india.
    Ini muka bukan keturunan Aryan sebaliknya berwajah asia timur hidung pun kemek..he..he..Kena tau la maksud sebelum nak taruh nama kumpulan jangan asal hentam.

  2. Anonymous

    August 2, 2012 at 12:07 pm

    Aryan band adalah sebuah band dari Singapura.Pernah buat persembahan di Anugerah Planet Muzik tahun lepas.Drg jugak yg nyanyi lagu Azura utk OST Azura 2012. Kat Singapura drg dah popular. Skrg kalau sifu M.Nasir dah didik drg, tak lama lagi meletup lah tu.Good luck guys…. Semoga berjaya di negeri orang.

  3. Prince Noob

    August 2, 2012 at 9:47 am

    apsal nak kena guna nama kaum aryan2 ni? guna la nama melayu sikit, kampung band ke, durian band ke

    • Anonymous

      August 2, 2012 at 11:59 am

      Dorang guna nama Aryan bkn pasal kaum Aryan tapi pasal vokalis nya mmg nama nya Aryan.

    • lisa

      August 2, 2012 at 4:59 pm

      nama vocalist farid. dorang guna Aryan sebab ketua kumpulan (guitarist) nama Aryan

    • Noob. ko bodoh.

  4. LALAT

    August 2, 2012 at 9:07 am

    BULEH LER…

  5. lemak tempoyak masak tomyam

    August 2, 2012 at 8:25 am

    handsome jugak vokalis aryan band ni ye?suka tgk dia.naik miang aku dibuatnye.auww!!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
Puasa Barakah Bersama