Video ‘Are You Okay’ Raih Lebih 117 Juta Tontonan Di YouTube, Ramai Betul ‘Demam’ Dengar Lagu Ni!

Hiburan

Video ‘Are You Okay’ Raih Lebih 117 Juta Tontonan Di YouTube, Ramai Betul ‘Demam’ Dengar Lagu Ni!

Dua bulan yang lepas, lagu nyanyian Ton Chanseyma, Are You Okay telah dikecam hebat oleh penonton di seluruh dunia akibat daripada musik video yang membawa double-meaning. 

Peka dengan isu tersebut, syarikat produksi mengambil tindakan mengubah suntingan video dan muat naik semula ke YouTube bagi mengelak kritikan dan sekatan yang bakal berlaku pada masa akan datang.

Advertisement

Satu Dunia Demam ‘Are You Okay’

Tindakan pantas pihak produksi Galaxy Navatra telah membuahkan hasil yang positif yang mana musik video tersebut mula viral di sosial media seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, lagu Ton Chanseyma ini telah mencipta sejarah dalam musik industri Kemboja yang mana ia menjadi lagu pertama yang meraih tontonan paling tinggi di negara itu sebanyak 117 juta tontonan sehingga ke hari ini. Wow, terbaiklah!

Jika anda mempunyai aplikasi TikTok, anda pasti tak asing lagi dengan lagu ni sebab ramai pengguna dari seluruh dunia menggunakan lagu ‘Are You Okay sebagai musik latar untuk  ‘dance cover’ atau dijadikan bahan hiburan. Haa, nampak tak betapa catchynya lagu ni. 

Ton Chanseyma Tak Menang Tangan

Disebabkan lagunya viral di seluruh dunia, penyanyi muda kelahiran Cambodia ini menjadi antara penyanyi yang menerima tawaran iklan paling banyak dari syarikat terkenal di Kemboja tahun ini. Mantap!

Anda okay tak tu? Kalau tak okay, dengarlah lagu Ton Chanseyma ni, mana lah tau kalau selalu dengar boleh jadi macam beliau.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...