Metro.uk melaporkan seorang pengawal keselamatan di McDonald’s cawangan Seven Sisters Road di Holloway, utara London digantung kerja setelah bertindak keras mengarahkan seorang remaja islam berusia 19 tahun menanggalkan tudungnya di dalam premis syarikat makanan segera tersebut.
Wakil jurucakap McDonald’s London mengesahkan syarikatnya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada cawangan untuk melarang pelanggan yang mengenakan tudung atau hijab daripada memasuki premis mereka.
Malah mereka sangat mengalu-alukan kehadiran pelanggan daripada pelbagai agama dan meminta maaf atas kejadian yang menimpa remaja itu.
Menerusi video yang dirakam remaja berusia 19 tahun itu, dia terkejut kerana ini merupakan pengalaman pertamanya diarah berbuat demikian sepanjang menetap di United Kingdom.