(VIDEO) “Apa Yang Saya Buat Mesti Dikecam”- Baby Shima Dituduh Penunggang Agama Pakai Sopan Buat ‘Show’

Kehidupan

(VIDEO) “Apa Yang Saya Buat Mesti Dikecam”- Baby Shima Dituduh Penunggang Agama Pakai Sopan Buat ‘Show’

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima baru-baru ini seringkali dikecam kerana berpakaian terlalu seksi dan menari gelek semasa ‘open house’.

Kali ini dia lagi sekali dikecam netizen walaupun telah mengenakan pakaian sopan semasa membuat persembahan pentas dalam satu acara di Sabah.

Advertisement

Menerusi laporan mStar, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 24, mengambil teguran itu dengan hati yang terbuka.

Menurut Shima, setiap perkara yang dilakukan akan dijadikan isu oleh netizen, menyanyi dan berdiri tegak pun turut akan dikecam oleh netizen tambahnya.

Selain itu, Shima juga menyatakan bahawa dia tidak marah dengan netizen yang memberi komen melampau seperti memaki-hamun dirinya dan mengambil perkara tersebut sebagai satu nasihat.

Shima juga menerangkan bahawa segelintir netizen suka menilai orang dari luaran dan sebaiknya tidak perlu menghakimi orang lain kerana takut perkara negatif tersebut berbalik kepada keluarga sendiri.

shima
3 years ago

"Tak Salah Nak Berseni Tapi.." - Isu Menari Gelek, Da'i Fuad Buat 'Surat Terbuka' Untuk Baby Shima

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...