(VIDEO) “Apa Yang Dia Buat Pada Ameena, Saya Ada Bukti” – Shakilla Khoriri ‘Block’ Sebab Isteri Fizi Ali Masuk Campur

Hiburan

(VIDEO) “Apa Yang Dia Buat Pada Ameena, Saya Ada Bukti” – Shakilla Khoriri ‘Block’ Sebab Isteri Fizi Ali Masuk Campur

Beberapa hari yang lalu, penyampai radio, Fizi Ali memaklumkan bekas isteri, Shakilla Khoriri menghalangnya daripada berjumpa dengan anak perempuan mereka iaitu Ameena Sofia.

Nafi dakwaan halang jumpa anak

Ketika ditemubual oleh pihak media di luar mahkamah, Shakilla menafikan dakwaan yang dibuat oleh bekas suaminya itu.

Advertisement

Kata pelakon tersebut, dia tidak berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh Fizi kepada anak mereka.

Kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak. Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Jawab tuduhan tak ‘move on’

Dalam pada itu, Shakilla turut menjawab tuduhan yang mengatakan dirinya masih belum ‘move on’ daripada bekas suami kerana selalu hubunginya tetapi ia hanyalah cara aktres terbabit untuk merapatkan hubungan Ameena bersama mereka yang merupakan penjaga anak kecil itu.

Biarpun begitu, dia kekal bersabar lebih dua tahun kerana memikirkan anaknya yang masih mempunyai bapa kandung tetapi kini sudah tidak mampu meneruskannya lagi.

Nombor kena ‘block’, campur tangan isteri Fizi

Menjawab soal menyekat nombor telefon Fizi, Shakilla membuat sebegitu kerana isteri kepada Fizi, Siti Zulaikha ikut campur soal urusan Ameena.

Apa yang dia buat pada Ameena, saya ada bukti dan semua saya dah beri pada laywer saya. Saya block sebab saya tak berminat nak communicate dengan orang lain selain daripada bapa Ameena.

Fizi Ali
10 months ago

"Hadanah Bukan Untuk Berebut, Tapi Nak Anak Saya Dapat Kasih Sayang Sempurna" - Fizi Ali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...