(Video) “Apa Masalah Dia Ni?”, Wanita Lempar Barang Ke Rumah Jiran Dikecam Netizen

Trending

(Video) “Apa Masalah Dia Ni?”, Wanita Lempar Barang Ke Rumah Jiran Dikecam Netizen

Dalam kehidupan bermasyarakat, sikap toleransi sesama jiran sangat penting. Bukan senang untuk faham perangai jiran-jiran di sekeliling lagi-lagi mereka yang tinggal di taman perumahan. Dapat jiran yang baik juga boleh dikira sebagai satu rezeki.

Macam video yang tular di media sosial baru-baru ini, wanita ini kantoi melemparkan barang-barang ke dalam rumah jiran di sebelahnya. Tak pasti apa masalahnya tetapi habis semua barang dicampaknya!

Advertisement

“Rezeki tak semestinya datang dalam bentuk duit. Dapat jiran yang baik juga adalah rezeki dari Tuhan. Bersyukurlah.”

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu kelihatan sibuk membaling barang-barang yang ada di hadapan rumah ke dalam rumah jirannya. Kegiatannya ini berjaya dirakamkan oleh salah seorang jiran yang berada di situ.

“Dekat kawasan rumah aku ada macam ni.”

“Boleh jadi bukti ni kalau nak saman.”

“Ini okay lagi ni, jiran aku lagi teruk.”

“Nasib baik lah bukan jiran aku. Kalau tak, siap dia.”

Walaupun tak pasti apa puncanya tapi kalau ada apa-apa masalah yang tak puas hati sesama jiran, berbincang lebih baik. Cuba bayangkan bila balik, nampak rumah bersepah macam ni. Siapa yang tak sakit hati kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...