(VIDEO) “Another Level!” – Gabungan Snoop Dogg & Joe Flizzow Untuk Kelab JDT Raih Perhatian Ramai

Hiburan

(VIDEO) “Another Level!” – Gabungan Snoop Dogg & Joe Flizzow Untuk Kelab JDT Raih Perhatian Ramai

Terdahulu, penyanyi rap, Joe Flizzow mengakui tidak menyangka dirinya dapat bekerjasama dengan ikon rap dunia, Snoop Dogg kerana dia  merupakan peminat penyanyi rap itu sejak di bangku sekolah lagi.

Gabungan mereka berdua ini adalah merupakan kerjasama strategik baharu kelab pasukan Juara Liga Super Malaysia, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Universal Music Asia Tenggara (UM SEA) dan Def Jam Recordings SEA bagi menghasilkan lagu tema rasmi kelab itu bertajuk ‘Pioneers’.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, pemilik kelab pasukan JDT iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata sudah pasti legenda hip hop yang terkenal seperti ‘Snoop Dogg’ menjadi pilihan paling tepat bagi mempersembahkan lagu tema rasmi JDT 2022.

jdt

Gandingan Snoop Dogg bersama artis Johor, Joe Flizzow sememangnya satu gandingan yang menakjubkan.

Meninjau di ruangan balas, lagu tema rasmi JDT itu mendapat respon positif darpada orang ramai dan rata-ratanya memuji gabungan dua penyanyi rap tersebut merupakan gabungan yang terbaik.

JDT is another level! – netizen.

Sumpah gempak JDT! Ada Joe & Snoop memang awesome gila doe..,” tulis seorang pengguna YouTube.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Joe Snoop
2 years ago

Peminat Sejak Di Bangku Sekolah, Joe Flizzow Tak Sangka Dapat Bekerjasama Dengan Snoop Dogg

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...