(VIDEO) Animal Malaysia Tawar RM 2,000 Minta Jejaki Individu Lempar Kucing

Trending

(VIDEO) Animal Malaysia Tawar RM 2,000 Minta Jejaki Individu Lempar Kucing

Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Itulah kata yang dapat diungkapkan buat individu yang sepertinya sudah hilang akal apabila bertindak melempar seekor kucing ke sungai tanpa belas kasihan.

Susulan itu, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelaku yang melempar kucing ke dalam lombong dipercayai di sebuah lokasi di Johor.

Advertisement

Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya menerima aduan berhubung insiden itu tadi dan sedih dengan nasib yang menimpa kucing berkenaan.

“Tindakan pelaku itu amat keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan, perbuatan pelaku itu boleh menyebabkan kucing itu mati lemas atau dimakan ikan pemangsa”

 

Bagi pihak persatuan, saya kesal kerana masih ada lagi individu tergamak melakukannya dan diharap pelaku itu diheret ke muka pengadilan”

Jika dilihat pada video tersebut, pengadu itu menunjukkan dua individu berada di kawasan lombong berkenaan.

Salah seorang mereka dilihat melempar kucing berkenaan manakala rakannya di sebelah hanya menyaksikan tindakan kejam itu

“Saksi kejadian atau mereka yang mengenali pelaku terbabit atau rakannya diharap dapat menyalurkan maklumat ke WhatsApp di talian 016-6345464”

Maklumat itu akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa dan Animal Malaysia tawarkan ganjaran RM2,000 kepada mereka yang berjaya menjejaki pelaku terbabit hingga didakwa dan dijatuhkan hukuman setimpal.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...