Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Itulah kata yang dapat diungkapkan buat individu yang sepertinya sudah hilang akal apabila bertindak melempar seekor kucing ke sungai tanpa belas kasihan.
Susulan itu, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelaku yang melempar kucing ke dalam lombong dipercayai di sebuah lokasi di Johor.
Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya menerima aduan berhubung insiden itu tadi dan sedih dengan nasib yang menimpa kucing berkenaan.
“Tindakan pelaku itu amat keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan, perbuatan pelaku itu boleh menyebabkan kucing itu mati lemas atau dimakan ikan pemangsa”
Bagi pihak persatuan, saya kesal kerana masih ada lagi individu tergamak melakukannya dan diharap pelaku itu diheret ke muka pengadilan”
Jika dilihat pada video tersebut, pengadu itu menunjukkan dua individu berada di kawasan lombong berkenaan.
Salah seorang mereka dilihat melempar kucing berkenaan manakala rakannya di sebelah hanya menyaksikan tindakan kejam itu